Friday, June 27, 2008

Pemaju Tabur Janji Kosong!

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN, UTUSAN ONLINE


SELAYANG 20 April – Disangkakan panas berpanjangan, rupanya hujan di waktu petang, begitulah perumpamaan yang dapat dikaitkan dengan nasib kebanyakan penduduk Andari Townvilla, Selayang Heights.

Dijanjikan keselesaan dan kemudahan yang pelbagai, namun realiti sebenar perlu diterima oleh penduduk di sini ternyata hanya mimpi indah belaka. Setelah tinggal lebih setahun, keluhan dan kemarahan penduduk di sini sudah tidak dapat dibendung lagi.

Luahan penduduk ternyata ada kebenarannya kerana tinjauan Utusan Malaysia mendapati pembangunan kawasan perumahan di sana sudah tidak teratur dan kemudahan yang dijanjikan oleh pemaju, Dergahayu Sdn Bhd, cuma sekadar janji kosong semata-mata.


Baru-baru ini, satu perjumpaan di antara penduduk dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Templer, Datuk Subahan Kamal telah diadakan bagi menyatakan permasalahan sebenar mereka terhadap pemaju. Bertempat di Rumah Kelab, seramai 200 penduduk membantah sambil memegang sepanduk menyuarakan bantahan di atas dasar pemaju, Dergahayu Sdn Bhd, yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penduduk, Osley Ahmad Nazri, masalah utama dihadapi penduduk ialah ruang letak meletak kenderaan yang disediakan begitu kurang jika dibandingkan dengan bilangan kenderaan sedia ada di sini.

‘‘Pada pelan susun atur yang telah diluluskan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 18 Februari 2008, butiran menyatakan bahawa pemaju dikehendaki menyediakan secara keseluruhan sebanyak 502 petak meletak kenderaan,’’ katanya. Namun, setelah pengiraan dibuat oleh penduduk di sini mendapati hanya terdapat sejumlah 449 petak meletak kenderaan disediakan di dalam kawasan berpagar perumahan.



‘‘Pihak penduduk juga amat kesal dengan reka bentuk petak meletak kenderaan yang disediakan kerana tiada zon anjakan antara dinding bangunan dengan petak meletak kenderaan,’’ katanya.



Masalah penduduk bertambah rumit lagi apabila pemaju telah membina penempatan baru di sekitar kawasan perumahan mereka yang akan menambahkan lagi kepadatan bangunan di situ.
‘‘Jarak bangunan baru yang dibina terlalu berdekatan dengan kawasan perumahan sedia ada malah bakal menjadikan kawasan Selayang Heights sesak dan melemaskan,’’ katanya.




Selain itu, segala kemudahan lain seperti pokok landskap, pili bomba, TNB Feeder Pillar, tiang lampu jalan dan longkang turut dipasang di atas petak meletak kenderaan yang mencacatkan lagi suasana.




Katanya lagi, penduduk bertambah marah apabila banyak janji yang dibuat oleh pemaju, Dergahayu Sdn Bhd, tidak ditunaikan seperti terkandung dalam iklan jualan sebelum ini.

‘‘Di antaranya ialah lot khas meletak kenderaan berbumbung untuk setiap rumah masih tidak disediakan, tiada lot meletak motor disediakan, tiada rumah sampah manakala kawalan keselamatan pula longgar,’’ katanya.

Tambah menyakitkan hati, saiz kolam renang yang diuar-uarkan begitu besar langsung tidak mengikut spefikasi kerana terlalu kecil dengan nisbah penduduk di sini.

Jarak di antara kolam renang dengan bangunan baru yang sedang dibina hanya terpisah beberapa meter dan penduduk berasa hairan bagaimana projek berkenaan dapat diteruskan oleh MPS.

Penduduk juga mempertikaikan kemudahan rumah kelab seperti kafe, kedai runcit, salon, dobi dan nurseri yang masih belum beroperasi tetapi pemaju pula menggunakan ruang niaga di sini sebagai pejabat operasi jualan mereka.

Sementara itu, Subahan yang juga Ketua Biro Pengaduan Awam UMNO semasa menyatakan reaksinya kepada penduduk berharap penduduk di sini menggunakan saluran yang betul untuk menyelesaikan masalah ini.

‘‘Saya akui apa yang dilakukan oleh pihak pemaju, Dergahayu Sdn Bhd, di sini hanyalah untuk meraih keuntungan semata-mata dan berasa hairan mengapa projek yang sedang berjalan sekarang mendapat kelulusan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT),’’ katanya.

Oleh itu, beliau mempersoalkan siapa sebenarnya orang penting di belakang projek ini kerana difahamkan penduduk di sini sudah tiga kali bertemu dan berbincang dengan KPKT tetapi tiada jalan penyelesaian.

‘‘Bantuan peguam secara percuma akan saya berikan melalui Biro Aduan UMNO dan selaku wakil rakyat di sini, saya berjanji akan membantu dan akan tunjuk arah yang betul menyelesaikan masalah ini,’’ katanya.

Beliau turut menarik perhatian penduduk apabila mencabar menteri yang bertanggungjawab di dalam hal ehwal KPKT agar meletak jawatan sekiranya tidak mampu menyelesaikan masalah sekecil ini.

‘‘Saya berasa dukacita kerana masalah ini boleh diselesaikan dengan mudah tetapi ia tidak berlaku,’’ katanya.

Jika keadaan memaksa, beliau sendiri akan berjumpa dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk meminta bantuan menamatkan masalah penduduk di sini.

Dalam masa yang sama, beliau menyatakan komitmen akan bersama penduduk untuk berjumpa dan menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertua MPS, Zainal Abidin Azim.


ARKIB 21/04/2008
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0421&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_01.htm

Photos courtesy from Kena "Con"

Pemaju Perumahan Tipu Penduduk!

Oleh S.A Najmuddin




Selayang –- Respon Serta Merta!


Kegelisahan penduduk Andari Town Villa, Selayang Heights sekurang-kurang lega apabila mendapat pembelaan serta merta daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer Yang Juga Pengerusi Biro Pengaduan Awam Pemuda UMNO, Datuk Subahan Kamal sejurus pertemuan dengan penduduk semalam. Subahan bersama jawatankuasa bertindak penduduk di kawasan terbabit telah membuat laporan Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bagi membolehkan siatan dilakukan terhadap pemaju perumahan berkenaan, Dergahayu Sdn Bhd, yang dikatakan tidak melaksanakan segala janji terhadap penduduk Andari Tonvilla.


Dalam perjumpaan kira-kira hampir dua jam itu, pelbagai perkara telah dibangkitkan oleh penduduk. Antaranya projek pembinaan baru yang dijalankan di atas kawasan parkir pelawat, lot parkir kereta berbumbung yang sehingga kini masih belum disediakan, tiada rumah sampah seperti dalam garis panduan, kawasalan keselamatan yang longgar, caj penyelenggaraan yang tingggi tidak sepadan dengan kemudahan yang dijanjikan, tahap keselamatan yang longgar, taman permainan kanak-kanak yang kecil dan pelbagai masalah lain. Dalam reaksi awalnya, Datuk Subahan berjanji untuk mengenengahkan perkara tersebut kepada mereka yang berkaitan untuk memastikan penduduk mendapat hak mereka.

Soal Subahan, bagaimanakah Majlis Perbadaran Selayang (MPS) membenarkan pembinaan baru di kawasan tersebut sehingga menimbulkan kerumitan kepada penghuni di kawasan terbabit.

"Rumah banyak didirikan tetapi ruang letak kereta begitu terhad. Begitu juga dengan pelbagai masalah lain yang sehingga kini masih belum menemui jalan penyelesaian. Dalam tempoh terdekat kita akan pergi ke pejabat MPS untuk mendapatkan penjelasan dan mengharapkan tindakan segera mereka."

"Jika masih lagi belum mencapai jalan penyelesaian, saya sendiri akan berkunjung ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mengadu masalah ini. Ini adalah tanggungajwab saya dan bukannya mahu mencari populariti", katanya. Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda ketika mengadakan perjumpaan bersama penduduk Andari Town Villa, Selayang Heights, dekat sini, semalam.

Pada pertemuan itu juga, beliau turut menerima memorandum bantahan daripada Pengerusi Jawatankuasa Persatuan Penduduk, Encik Osley Ahmad Nazri Berhubung masalah yang dihadapai oleh penduduk berkenaan. Tegas Subahan lagi, bagi memastikan penduduk mendapat hak mereka yang sebenarnya, beliau sedia megadakan perjumpaan dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Soal politik kita ketepikan demi kepentingan penduduk. Ini tanggungjawab saya dan jika keadaan memerlukan saya memegang sepanduk, saya sedia bersama mereka", katanya.
Tambah Subahan lagi, jika inisiatif di atas tidak membuahkan hasil, beliau akan menggunakan khidmat guaman untuk memastikan pemaju menunaikan segala janji yang diberikan sebelum ini kepada pembeli rumah. "Khidmat guaman ini kita sediakan secara percuma. Apa yang penting penduduk bersama-sama dengan kita bersatu padu untuk mencari jalan bagi memastikan segala janji ditunaikan oleh pihak pemaju agar ianya dapat dinikmati oleh setiap penduduk di kawasan ini”, katanya.


Posted on Thursday, April 17 @ 19:41:27 MYT
http://pemuda.com.my/modules.php?name=News&file=article&sid=7443

Wednesday, June 18, 2008

Security, My Foot!

It is "tough" being a security personnel in Andari or Gardenville Townvillas at Selayang Heights. Before being shortlisted and hired by Trillion Gains Sdn Bhd or Dergahayu Sdn Bhd, whichsoever, it’s all the same. You MUST possess:

1) Perfect 20/20 Eyesight
You are supposed to verify car stickers and its passengers without having to move your BUTT from the plastic chair while remain inside the makeshift security “hut”.

2) 6th Sense Ability
As you are NOT supposed to move your butt from the chair, you must be able to pre-judge any visitors who intend to go into our gated compound. No physical ID verification is required as you should know-it-all by using your 6th Sense ability.

3) Ability to Answer Phone Calls & Ignore the World

4) Strong Left Arm with Reflexive Jerking Ability
Strong left arm is required to manually lifting the boom-gate whenever and whatever that passes our main entrance, including cats & dogs. Right arm is for answering mobile phone calls only. Reflexive Jerking Ability is required in order to subconsciously lifting the manually operated boom-gate, in case of event no "3" above.



Our "security personnel" busy answering an urgent call from the "Ministry of Defence", hence.... "Cepat, Cepat! Masuk, Masuk!....ayo...Keluar, Keluar...! sukahati whichever u mau! Awak tak nampak saya sibuk mau cakap handphone ke? Important tau.." Abilities no. 3 & 4 are being applied here.


For almost 2 years since the handing over of keys, we are still not getting the so called 24 Hours Security as promised by Dergahayu Sdn Bhd!

What we are getting is a bunch of CRABS! & BS!

NO! by merely placing a makeshift metal cladding "hut" on the main entrance is NOT security!

NO! by having an aesthetically challenged + 3rd class manually operated boom-gate is NOT security!

NO! by placing unqualified & non-responsive personnel as security guard is NOT security!

NO! by allowing any tom, dick and harry assessing our premises without proper checking and recording procedure is NOT security!

Sometimes the security guards outlook are so sloppy, one might think that they are a bunch drunken “samseng” loitering around the "hut"!

It is their job to ensure thorough check on all vehicles and visitors going into and out from our premises. We do not pay Dergahayu Sdn Bhd to employ a bunch of idiots to do nothing (except for opening & closing the boom-gate without any logical reason, since all are allow to enter/exit freely) and have hell of a good time. Our security personnel’s motto of “Love All, Serve All” is not helping in making Selayang Heights a safe place. We might as well place a couple of “Natuk-Kong” there, at least most Malaysian have more respect for these spiritual divine deities. The fee will be very much cheaper then, only need to serve “them” joss sticks, candles, burning gum (kemanyan), fruits. Occasionally betel nut leaves & mutton curry.


If all should fail. The above might be our preferred security. So help us GOD!

What is very obvious here is Dergahayu Sdn Bhd via its management company, Trillion Gains Sdn Bhd is giving us a 3rd CLASS SECURITY SERVICES. So why the hell are we paying 1st class maintenance fees? Where has all the hefty sum of monthly maintenance fees gone to? The big-fat-rat bosses’ pockets, of course…