Selayang –- Respon Serta Merta!
Kegelisahan penduduk Andari Town Villa, Selayang Heights sekurang-kurang lega apabila mendapat pembelaan serta merta daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer Yang Juga Pengerusi Biro Pengaduan Awam Pemuda UMNO, Datuk Subahan Kamal sejurus pertemuan dengan penduduk semalam. Subahan bersama jawatankuasa bertindak penduduk di kawasan terbabit telah membuat laporan Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bagi membolehkan siatan dilakukan terhadap pemaju perumahan berkenaan, Dergahayu Sdn Bhd, yang dikatakan tidak melaksanakan segala janji terhadap penduduk Andari Tonvilla.
Dalam perjumpaan kira-kira hampir dua jam itu, pelbagai perkara telah dibangkitkan oleh penduduk. Antaranya projek pembinaan baru yang dijalankan di atas kawasan parkir pelawat, lot parkir kereta berbumbung yang sehingga kini masih belum disediakan, tiada rumah sampah seperti dalam garis panduan, kawasalan keselamatan yang longgar, caj penyelenggaraan yang tingggi tidak sepadan dengan kemudahan yang dijanjikan, tahap keselamatan yang longgar, taman permainan kanak-kanak yang kecil dan pelbagai masalah lain. Dalam reaksi awalnya, Datuk Subahan berjanji untuk mengenengahkan perkara tersebut kepada mereka yang berkaitan untuk memastikan penduduk mendapat hak mereka.
Soal Subahan, bagaimanakah Majlis Perbadaran Selayang (MPS) membenarkan pembinaan baru di kawasan tersebut sehingga menimbulkan kerumitan kepada penghuni di kawasan terbabit.
"Rumah banyak didirikan tetapi ruang letak kereta begitu terhad. Begitu juga dengan pelbagai masalah lain yang sehingga kini masih belum menemui jalan penyelesaian. Dalam tempoh terdekat kita akan pergi ke pejabat MPS untuk mendapatkan penjelasan dan mengharapkan tindakan segera mereka.""Jika masih lagi belum mencapai jalan penyelesaian, saya sendiri akan berkunjung ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mengadu masalah ini. Ini adalah tanggungajwab saya dan bukannya mahu mencari populariti", katanya. Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda ketika mengadakan perjumpaan bersama penduduk Andari Town Villa, Selayang Heights, dekat sini, semalam.
Pada pertemuan itu juga, beliau turut menerima memorandum bantahan daripada Pengerusi Jawatankuasa Persatuan Penduduk, Encik Osley Ahmad Nazri Berhubung masalah yang dihadapai oleh penduduk berkenaan. Tegas Subahan lagi, bagi memastikan penduduk mendapat hak mereka yang sebenarnya, beliau sedia megadakan perjumpaan dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Soal politik kita ketepikan demi kepentingan penduduk. Ini tanggungjawab saya dan jika keadaan memerlukan saya memegang sepanduk, saya sedia bersama mereka", katanya.
Tambah Subahan lagi, jika inisiatif di atas tidak membuahkan hasil, beliau akan menggunakan khidmat guaman untuk memastikan pemaju menunaikan segala janji yang diberikan sebelum ini kepada pembeli rumah. "Khidmat guaman ini kita sediakan secara percuma. Apa yang penting penduduk bersama-sama dengan kita bersatu padu untuk mencari jalan bagi memastikan segala janji ditunaikan oleh pihak pemaju agar ianya dapat dinikmati oleh setiap penduduk di kawasan ini”, katanya.
Posted on Thursday, April 17 @ 19:41:27 MYT
http://pemuda.com.my/modules.php?name=News&file=article&sid=7443
No comments:
Post a Comment